Sabtu, 26 September 2015 | 3:27pm

Golf: Stenson dahului hari ke-2 Jelajah Kejuaraan PGA AS

ATLANTA: Pemain Sweden, Henrik Stenson mencatatkan dua bawah par 68 untuk mendahului saingan pusingan kedua Jelajah Kejuaraan bernilai $8.25 juta (RM36.3 juta), tiga pukulan di depan pencabar utama, Jordan Spieth.

Stenson yang mendahului saingan dengan kelebihan dua pukulan semalam, selepas mencatat 63, jelas menyerlah dengan persembahannya dalam keadaan berhujan di lapangan East Lake.

Catatan sembilan bawah 131 keseluruhan, meletakkannya tiga di atas Spieth, juara Masters dan Terbuka Amerika Syarikat (AS), yang mencatatkan 66 tanpa bogey untuk keseluruhan enam di bawah 134 pada saingan akhir Jelajah PGA AS itu.

Pemain England, Paul Casey berada di kedudukan ketiga bersendirian selepas mencatatkan bogey pada lubang terakhir untuk 70 dengan catatan keseluruhan 135.

Juara Terbuka British pula, Zach Johnson melengkapkan persembahan tidak konsisten dengan catatan 70, yang merangkumi double-bogey, empat bogey dan enam birdie untuk keseluruhan 136.

KEPUTUSAN PUSINGAN KEDUA

131 - Henrik Stenson (SWE) 63-68

134 - Jordan Spieth 68-66

135 - Paul Casey (ENG) 65-70

136 - Zach Johnson 66-70

137 - Steven Bowditch (AUS) 68-69, Rory McIlroy (NIR) 66-71

138 - Justin Rose (ENG) 70-68

139 - Rickie Fowler 69-70

140 - Jason Day (AUS) 69-71, J.B. Holmes 68-72, Brandt Snedeker 68-72

141 - Matt Kuchar 71-70, Bubba Watson 70-71, Dustin Johnson 69-72, Danny Lee (NZL)

69-72, Hideki Matsuyama (JPN) 69-72, Kevin Na 68-73

142 - Daniel Berger 69-73, Brooks Koepka 68-74

143 - Bae Sang-Moon (KOR) 73-70

144 - Jimmy Walker 73-71

145 - Charley Hoffman 73-72, Bill Haas 72-73

146 - Patrick Reed 72-74

147 - Scott Piercy 74-73, Harris English 71-76

150 - Robert Streb 75-75

153 - Kevin Kisner 76-77

WD - Louis Oosthuizen (RSA)

DNS - Jim Furyk

- AFP

Berita Harian X