Selasa, 8 September 2015 | 12:30pm

Golf: Fowler ketepi Stenson untuk rangkul kejuaraan Deutsche Bank

RICKIE Fowler mengucup trofinya selepas memenangi Kejohanan Deutsche Bank, awal pagi tadi. - Foto AFP
RICKIE Fowler mengucup trofinya selepas memenangi Kejohanan Deutsche Bank, awal pagi tadi. - Foto AFP

NORTON, Amerika Syarikat: Rickie Fowler bangkit dari ketinggalan untuk memenangi Kejohanan Deutsche Bank di sini, awal pagi tadi waktu Malaysia.

Dalam pusingan akhir yang sengit itu, pemain berkenaan mengenepikan wakil Sweden, Henrik Stenson untuk merangkul kejuaraan yang menyediakan hadiah sebanyak $8.25 juta (RM

Fowler bangkit memadam ketinggalan tiga pukulan ketika saingan berbaki lapan lubang di lapangan TPC Boston bagi menewaskan Stenson dengan catatan tiga atas par 68, untuk keseluruhan 15 di bawah par, kelebihan satu pukulan berbanding pesaing rapatnya itu.

Catatannya itu merangkumi satu eagle, tiga birdie dan dua bogey, namun menerusi aksi tanpa kesilapan menerusi sembilan lubang sebelum itu, pemain berusia 26 tahun dari California ini mempamer reputasi sebagai pemenang.

Stenson pula mencatatkan bogey berganda pada lubang ke-16 bagi sekali gus menutup peluangnya bergelar juara.

Pemain Sweden itu yang mendahului Fowler dengan satu pukulan sebelum melangkah ke pusingan akhir, menamatkan saingan dengan catatan satu di bawah par 70 untuk keseluruhan 14 dibawah par. - AFP

Berita Harian X