Jumaat, 28 Ogos 2015 | 5:53pm

Golf: Spieth pamer aksi terburuk pada saingan The Barclays

JORDAN Spieth membuat pukulan di lubang ke-17 pada pusingan pertama The Barclays di Plainfield Country Club, semalam. - Foto AFP
JORDAN Spieth membuat pukulan di lubang ke-17 pada pusingan pertama The Barclays di Plainfield Country Club, semalam. - Foto AFP

EDISON, Amerika Syarikat: Pemain nombor satu dunia, Jordan Spieth, ketinggalan sembilan pukulan di belakang pendahulu pusingan pertama saingan The Barclays di sini, semalam.

Ia adalah catatan terburuk dilakukan oleh pemain Amerika Syarikat (AS) berusia 22 tahun itu sejak Mei lalu.

Juara Masters ini mencatatkan lima bogey dan satu double bogey dalam sembilan lubang terakhir untuk jumlah keseluruhan empat di atas 74.

Bubba Watson dan rakan senegaranya, Spencer Levin dan Tony Finau, bersama pemain Colombia, Camilo Villegas, berkongsi sebagai pendahulu selepas terikat lima di bawah 65.

"Ini bukan hari saya," kata Spieth. "Saya menghadapi sedikit masalah menggunakan wedges selain keputusan tidak tepat sepanjang permainan. Ia benar-benar pusingan unik bagi tahun ini,".

Watson yang mencatatkan sembilan birdie dan dua bogey pada pusingan ini berkata:" Saya gagal melepasi pusingan kelayakan sebelum ini di sini, jadi hari ini ada peningkatan buat diri saya,".

KEPUTUSAN PUSINGAN PERTAMA

65 - Bubba Watson, Spencer Levin, Camilo Villegas (COL), Tony Finau

66 - Danny Lee (NZL), Jason Dufner, Cameron Tringale, Russell Knox (SCO), Paul Casey (ENG), Bryce Molder

67 - Daniel Summerhays, Will Wilcox, Johnson Wagner, Nick Taylor (CAN), Stewart Cink, Matt Jones (AUS), Kevin Kisner

68 - Alex Cejka (GER), Pat Perez, Phil Mickelson, Rickie Fowler, Patrick Reed, Jason Day (AUS), Hudson Swafford, Lee Westwood (ENG), Ryo Ishikawa (JPN), Kyle Reifers, Sean O'Hair, Henrik Stenson (SWE), Jim Furyk, Robert Streb

*Pemain yang tidak dicatatkan nama negara adalah dari AS

- AFP

Berita Harian X