Ahad, 9 Ogos 2015 | 1:05pm

Golf: Rose kongsi kedudukan pendahulu Jemputan WGC-Bridgestone

JUSTIN Rose ketika beraksi di pusingan ketiga WGC-Bridgestone Invitational. - Foto USA TODAY Sports
JUSTIN Rose ketika beraksi di pusingan ketiga WGC-Bridgestone Invitational. - Foto USA TODAY Sports

AKRON, Amerika Syarikat: Pemain England, Justin Rose melakukan empat birdie pada enam lubang terakhir tanpa sebarang bogey untuk catat 63 pukulan bagi berkongsi kedudukan pendahulu pusingan ketiga WGC-Bridgestone Invitational, di sini, hari ini.

Rose terikat dengan pendahulu pusingan kedua, Jim Furyk daripada Amerika Syarikat (AS) selepas 54 lubang sembilan di bawah par 201 di Lapangan Firestone Country Club.

Bekas juara AS 2013, Rose yang hanya merangkul gelaran Kejohanan Golf Dunia pada 2012 menerusi WGC-Cadillac Championship di Doral, mencatat 63 dengan putting birdie sejauh 38 kaki pada lubang terakhir.

Kejohanan ini menawarkan hadiah berjumlah AS$9.25 juta (RM36.3 juta).

Berikut adalah keputusan hari ketiga

201 - Jim Furyk 66-66-69, Justin Rose (ENG) 67-71-63

203 - Shane Lowry (IRL) 70-66-67

205 - Ian Poulter (ENG) 68-72-65, Bubba Watson 70-66-69, Henrik Stenson (SWE) 68-69-68, Steven Bowditch (AUS) 73-69-63

206 - Robert Streb 68-70-68, Brooks Koepka 69-69-68, Graeme McDowell (NIR) 66-71-69

207 - David Lingmerth (SWE) 70-71-66, Danny Lee (NZL) 65-72-70

208 - Keegan Bradley 69-70-69, Jason Day (AUS) 69-69-70

209 - Rickie Fowler 67-72-70, Branden Grace (RSA) 73-69-67

210 - Russell Henley 70-70-70, Webb Simpson 68-70-72, Bill Haas 74-69-67, Patrick Reed 71-67-72, Jordan Spieth 70-68-72, Kevin Na 69-70-71, Sergio García (ESP) 71-67-72, Danny Willett (ENG) 70-71-69, Marc Warren (SCO) 71-70-69

211 - Lee Westwood (ENG) 68-70-73, Bernd Wiesberger (AUT) 71-74-66, Ryan Moore

71-71-69, Pablo Larrazabal (ESP) 72-70-69, Soren Kjeldsen (DEN) 69-73-69, Dustin Johnson

69-67-75, Zach Johnson 70-70-71

- AFP

Berita Harian X