Ahad, 19 Julai 2015 | 1:25pm

Pele jalani pembedahan, kian pulih - Globo

LEGENDA bola sepak Brazil, Pele. - Foto AP
LEGENDA bola sepak Brazil, Pele. - Foto AP

SAO PAULO, Brazil: Legenda bola sepak Brazil, Pele, 74, dimasukkan ke hospital, di sini dan menjalani pembedahan tulang belakang, umum stesyen TV Globo, semalam.

Hospital Albert Einstein, lokasi di mana Pele dilaporkan menjalani rawatan begitupun enggan memberikan sebarang komen namun Globo berkata Pele menjalani pembedahan pada Khamis dan pulih dengan baik.

Beliau dijangka keluar daripada hospital, esok.

Menurut laporan di laman web Globo, Esporte, Pele menjalani rawatan arthrodesis, satu prosedur yang digunakan untuk merawat kesakitan yang disebabkan oleh gerakan atau ketidakstabilan tulang belakang.

Laman web itu turut menambah Pele sudah pun mendapat kembali kekuatan otot dan kesakitannya kini boleh dikawal.

Pele menderita kekejangan dua vertebra yang menyebabkannya hilang kekuatan di kaki terutama di kaki kanannya.

Satu-satunya pemenang tiga Piala Dunia itu dilaporkan dijadualkan menjalani pembedahan pada tahun lalu namun masalah kesihatan lain memaksa ia ditangguhkan. - AFP

Berita Harian X