Selasa, 9 Jun 2015 | 4:51pm

Sukan SEA: Gimnastik turut raih emas

TAN Ing Yueh menyumbang emas kedua buat sukan gimnastik. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali
TAN Ing Yueh menyumbang emas kedua buat sukan gimnastik. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

SINGAPURA: Tan Ing Yueh menyumbang emas kedua buat sukan gimnastik selepas memenangi kategori palang bertingkat di Kompleks Sukan Bishan, sebentar tadi.

Ing Yueh mengumpul 12.766 mata mengatasi Ava Lorein Verdeflor dari Filipina yang menghimpun 12.366 mata untuk pingat perak, manakala seorang lagi gimnas negara, Farah Ann Abdul Hadi meraih gangsa hasil kutipan 12.200 mata.

Berita Harian X