Selasa, 5 Mei 2015 | 10:57pm

Pahang pendahulu baharu Liga Super; benam Perak 1-0

PEMAIN Pahang, Azammuddin Akil (kanan) dikawal pertahanan Perak, Mohamad Hisyamuddin dalam saingan Liga Super 2015 di Stadium Darul Makmur. - Foto Zulkepli Osman
PEMAIN Pahang, Azammuddin Akil (kanan) dikawal pertahanan Perak, Mohamad Hisyamuddin dalam saingan Liga Super 2015 di Stadium Darul Makmur. - Foto Zulkepli Osman

KUANTAN: Pahang muncul pendahulu baharu Liga Super buat julung kali selepas menewaskan Perak 1-0 di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam ini.

Gol kemenangan skuad Tok Gajah itu menyusul hasil sepakan penalti yang disempurnakan oleh penyerang import, Matias Conti pada minit ke-71.

Tuan rumah dianugerahkan penalti selepas bola terkena tangan pemain pertahanan Perak, Muhamad Tuah Iskandar dalam kotak penalti hasil rembatan terdahulu Dickson Nwakaeme.

Kejayaan Pahang mengutip tiga mata itu menyaksikan barisan kendalian Zainal Abidin Hassan mengungguli carta liga berbekal 20 mata daripada jumlah 10 perlawanan manakala Perak mengumpul 17 mata daripada jumlah perlawanan sama.

Berita Harian X