Ahad, 19 April 2015 | 1:38pm
SEI Young Kim dari Korea Selatan bergambar dengan trofi selepas menang dalam pusingan akhir Kejohanan LPGA Lotte di Kapolei, Hawaii. - Foto AFP
SEI Young Kim dari Korea Selatan bergambar dengan trofi selepas menang dalam pusingan akhir Kejohanan LPGA Lotte di Kapolei, Hawaii. - Foto AFP

LPGA: Sei Young Kim menang di Hawaii

KAPOLEI, Hawaii: Sei Young Kim melakukan eagle dari jarak 154 ela untuk memenangi Kejuaraan Lotte, Jelajah LPGA pada playoff lubang pertama menentang Inbee Park.

Selepas pukulan drive beliau di lubang ke-18 pada saingan hari terakhir masuk ke dalam air, Kim memaksa playoff dengan pukulan cip 18 kaki untuk menyelamatkan par.

Beliau kemudian memenangi lubang itu pada playoff menggunakan iron 8 dengan bola sedikit saja melepasi air.

Pemain berusia 22 tahun dari Korea Selatan itu menjadi individu pertama yang memenangi dua kejohanan Jelajah LPGA musim ini. Kim menang di Bahamas pada Februari lalu dalam permulaan kedua beliau sebagai anggota Jelajah LPGA.

Kim menamatkan saingan dengan catatan 73 untuk menyamai Park pada keseluruhan 11 di bawah par 277. Park menamatkan saingan hari terakhir dengan satu di bawah par 71.

IK Kim pula mencatatkan bogey di dua lubang terakhir untuk 74 untuk berada dua pukulan di belakang.

Hyo Joo Kim (69) dan Chella Choi (72) terikat di kedudukan keempat dengan 7 di bawah par ketika pemain dari Korea Selatan meraih lima tempat teratas kejohanan.

Sandra Gal (69) dari Jerman di kedudukan keenam dengan catatan keseluruhan 6 di bawah par. - AP

Berita Harian X