Jumaat, 5 Disember 2014 | 8:44am
TIGER Woods kembali semula semula ke gelanggang golf selepas sekian lama berehat dengan aksi hambar. - Foto AP
TIGER Woods kembali semula semula ke gelanggang golf selepas sekian lama berehat dengan aksi hambar. - Foto AP

Tiger Woods bergelut selepas rehat empat bulan

ORLANDO: Tiger Woods kembali semula semula ke gelanggang golf selepas sekian lama berehat dengan aksi hambar, awal pagi tadi.

Bekas pemain nombor satu dunia itu hanya mampu melakukan 77 pukulan, lima atas par untuk menyudahkan cabaran dalam kejohanan Hero World Challenge pada kedudukan terakhir selepas tamat pusingan pertama pada kedudukan tempat ke-18.

Woods menamatkan saingan itu - selepas empat bulan berehat - dengan empat bogey, satu birdie dan satu double bogey di Isleworth, gelanggang 7,354-ela yang pernah menyaksikan dia melakukan 59 ketika sesi bersama Mark O'Meara.

"Ini adalah antara hari yang anda tidak dapat melakukan apa-apa yang baik. Saya dapat merasakan saya tidak memukul bola dengan baik hari ini," kata Woods.

Dia yang bakal berusia 39 tahun pada 30 Disember nanti belum lagi memenangi sebarang gelaran major sejak kejuaraan Terbuka AS pada 2008.

Woods kini berada 11 pukulan belakang pemain berusia 21 tahun, Jordan Spieth yang membuat 66 selepas memenangi Terbuka Australia, minggu lalu. - REUTERS

KEPUTUSAN

Pusingan pertama World Challenge

(Nota: Semua pemain AS Kecuali dinyatakan)

66 - Jordan Spieth

67 - Zach Johnson, Steve Stricker, Rickie Fowler, Henrik Stenson

68 - Graeme McDowell (NIR), Hideki Matsuyama (JPN), Jimmy Walker

69 - Matt Kuchar, Bubba Watson

70 - Chris Kirk

71 - Hunter Mahan, Jason Day (AUS)

72 - Keegan Bradley, Justin Rose (ENG)

73 - Billy Horschel, Patrick Reed

77 - Tiger Woods

Berita Harian X