Selasa, 25 November 2014 | 9:58am

Pele kembali jalani rawatan di hospital, keadaan stabil

LAGENDA bola sepak dunia dan Brazil, Pele kembali dirawat di hospital hari ini. - AP
LAGENDA bola sepak dunia dan Brazil, Pele kembali dirawat di hospital hari ini. - AP

SAO PAULO: Lagenda bola sepak dunia dan Brazil, Pele kembali dirawat di hospital hari ini selepas beberapa hari menjalani pembedahan mengeluarkan batu karang.

"Pesakit Edson Arantes do Nascimento (Pele) dimasukkan ke wad untuk rawatan semula dan keadaan masih stabil," kata Albert Einstein Hospital dalam satu kenyataan.

Media tempatan melaporkan, Pele kini menerima rawatan kerana terdapat infeksi pada air kencingnya.

Pele, 74, menjalani pembedahan buah pinggang pada 13 November lalu bagi mengeluarkan batu karang.

Rakan rapat dan ahli keluarganya, Jose Fornos Rodrigues memberitahu Pele mungkin akan berada semalaman di Einstein Hospital, namun tidak memberikan komen lanjut mengenai rawatan yang diterimanya.

Pele, dilahirkan di sebuah penempatan sederhana di Tres Coracoes, menjadi seorang pemain terhebat dalam sejarah bola sepak. - AFP

Berita Harian X