Khamis, 13 November 2014 | 10:42pm
 LEGENDA bola sepak Brazil, Pele. - Foto AFP
LEGENDA bola sepak Brazil, Pele. - Foto AFP

Pele dibenarkan keluar hospital selepas sakit bahagian perut

BRASILIA: Legenda bola sepak Brazil, Pele kini dalam keadaan baik dan difahamkan akan dibenarkan keluar daripada hospital di Sao Paulo.

Pemenang pingat kejuaraan Piala Dunia tiga kali itu ditahan dalam wad selepas mengalami masalah kesakitan di bahagian perut.

Pele, 74, terpaksa membatalkan program untuk menghadiri majlis menandatangani buku di sebuah muzium yang menggunakan namanya di tempat asalnya, Santos selepas mengadu berasa sakit, kelmarin.

"Dia (Pele) sudah menjalani beberapa ujian dan dibenarkan keluar wad, esok (hari ini). Segala-galanya berada dalam keadaan baik ketika ini," kata Jose Fornos Rodrigues, pembantu peribadi kepada Pele.

Jurucakap hospital berkenaan mengesahkan Pele ditahan di wad mereka tetapi tidak menyatakan bila dia akan dibenarkan keluar. - REUTERS

Berita Harian X