Jumaat, 12 September 2014 | 3:41pm
Rory McIlroy
Rory McIlroy

Saya mahu jadi juara, bukan buru wang - Rory

ATLANTA: Rory McIlroy kekal dalam persaingan untuk gelaran Jelajah PGA Piala FedEx selepas menyudahkan cabaran pusingan pertama dengan tiga pukulan belakang pendahulu, di sini, hari ini.

Billy Horschel dan Chris Kirk bergerak ke depan dalam perlumbaan untuk memburu bonus STG6 juta (RM30 juta) apabila berkongsi kedudukan selaku pendahulu dengan empat bawah par 66 pukulan.

Bubba Watson berada tiga bawah par dengan McIlroy dua pukulan di belakangnya dalam pusingan terakhir jelajah di East Lake Atlanta.

Kemenangan untuk sama ada McIlroy, Horschel, Kirk, Watson atau Hunter Mahan akan mengesahkan gelaran dan bonus musim ini.

McIlroy, 25, merakamkan empat birdie dan tiga bogey pada pusingan pembukaan.

"Sasaran saya di sini adalah mahu turun ke gelanggang dan menang Piala FedEx. Saya tak peduli apa yang bakal diperoleh daripada hadiah wang di sini," kata pemain nombor satu dunia itu. - Agensi

INFO

Keputusan pusingan pertama

(Pemain AS kecuali dinyatakan)

66 - Billy Horschel, Chris Kirk

67 - Jim Furyk, Bubba Watson, Jason Day (AUS), Patrick Reed

68 - Matt Kuchar, Zach Johnson, Bill Haas, Cameron Tringale

69 - Sergio Garcia (ESP), Adam Scott (AUS), Ryan Palmer, Rory McIlroy (NIR), Rickie Fowler 70 - Kevin Na, Brendon Todd, Morgan Hoffmann, Russell Henley

71 - Gary Woodland, Jordan Spieth, Hideki Matsuyama (JPN)

72 - John Senden (AUS), Justin Rose (GBR)

73 - Jimmy Walker, Martin Kaymer (GER)

74 - Hunter Mahan, Webb Simpson

77 - Geoff Ogilvy (AUS)

Berita Harian X