Isnin, 25 Ogos 2014 | 11:42am
SO YEON RYU dari Korea Selatan memperagakan trofi kemenangan apabila menjuarai Kejohanan Golf Terbuka Wanita Kanada Pasifik, di London awal pagi tadi. - Foto AP
SO YEON RYU dari Korea Selatan memperagakan trofi kemenangan apabila menjuarai Kejohanan Golf Terbuka Wanita Kanada Pasifik, di London awal pagi tadi. - Foto AP

Golf: So-Yeon atasi rakan senegara juarai Terbuka Kanada

LONDON (Kanada): Pemain Korea Selatan, Ryu So-Yeon berjaya mengatasi rakan senagara, Choi Na-Yeon untuk menjulang trofi kejuaraan golf wanita dalam Terbuka Kanada, semalam.

Ia juga membantunya menamatkan kemarau gelaran dalam jelajah LPGA lebih dua tahun.

So-Yeon, pilihan kesembilan yang muncul juara di Terbuka AS 2011 menghimpun jumlah keseluruhan 23 bawah par, 265 pukulan untuk menewaskan Choi dengan kelebihan dua pukulan.

"Saya mepercaya diri kali ini," kata So-Yeon. "Saya tidak peduli mengenai cabaran lawantapi hanya fokus dalam permainan sendiri. Saya gembira akhirnya berjaya mendapat gelaran baru."

Seorang lagi pemain Korea Selatan, Park In-Bee mendapat tempat ketiga dengan jumlah 270 pukulan untuk berada lima di belakang pendahulu. - AFP

KEPUTUSAN

Pusingan akhir Terbuka Wanita Kanada

265 - Ryu So-Yeon (KOR) 63-66-67-69

267 - Choi Na-Yeon (KOR) 64-70-66-67

270 - Park In-Bee (KOR) 66-71-65-68

271 - Azahara Munoz (ESP) 66-71-63-71

273 - Kim Kaufman 69-70-68-66, Danielle Kang 66-68-70-69

275 - Suzann Pettersen (NOR) 69-68-70-68, Cristie Kerr 67-68-70-70, Brittany Lincicome 71-65-68-71, Anna Nordqvist (SWE) 65-69-69-72

276 - Caroline Masson (GER) 67-70-72-67, Pornanong Phatlum (THA) 70-69-68-69

278 - Mariajo Uribe (COL) 69-69-71-69, Pernilla Lindberg (SWE) 68-70-71-69, Karrie Webb (AUS) 69-72-67-70

Berita Harian X