Isnin, 18 Ogos 2014 | 4:37pm
Park In-Bee
Park In-Bee

Golf LPGA: In-Bee juara, atasi Brittany play-off pertama

PITTSFORD: Park In-Bee menewaskan Brittany Lincicome dengan par atas lubang play-off pertama untuk menjuarai Kejuaraan LPGA buat kali kedua berturut-turut, semalam.

Pemain Korea Selatan itu kini sudah berjaya merakamkan gelaran major kelima dalam kerjaya golf setakat ini.

Tiga daripada kejuaraan itu hadir dalam musim 2013 apabila dia menang enam gelaran, namun dia gagal menang sebarang trofi pada musim 2014 sehingga kejohanan Manulife Financial Classic di Kanada, Jun lalu.

In-Bee yang bermula dengan kedudukan terikat tempat kedua bersama Suzann Pettersen dan satu pukulan di belakang Lincicome mencatat dua bawah par 70 pukulan bagi menghimpun keseluruhan 277.

Bekas pemain nombor satu dunia itu yang bakal melonjak ke ranking kedua dua adalah pemain pertama berjaya mempertahankan gelaran Kejuaraan LPGA sejak pemain Sweden, Annika Sorenstam yang memenangi ketuiga berturut-turut sejak 2005.

KEPUTUSAN

Pusingan terakhir Kejuaraan LPGA

277 - Park In-Bee (KOR) 72-66-69-70,

Brittany Lincicome 67-68-71-71

280 - Lydia Ko (NZL) 70-69-71-70

282 - Azahara Munoz (ESP) 71-70-71-70,

Anna Nordqvist (SWE) 69-73-69-71

283 - Stacy Lewis 71-73-71-68,

Julieta Granada (PAR) 75-65-72-71,

Feng Shanshan (CHN) 68-72-71-72,

Lee Mi-Rim (KOR) 69-71-69-74,

Suzann Pettersen (NOR) 71-69-67-76

284 - Jane Park 70-69-72-73,

Meena Lee (KOR) 66-73-71-74

Berita Harian X