Khamis, 6 Oktober 2016 | 11:23am
KUANTAN: Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah merasmikan Hospital Pakar KPJ Pahang di Tanjung Lumpur, di sini sebentar tadi.
KUANTAN: Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah merasmikan Hospital Pakar KPJ Pahang di Tanjung Lumpur, di sini sebentar tadi.

KPJ Pahang sediakan pakar perunding jantung

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (tengah) mendengar penerangan daripada Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare Berhad, Datuk Amiruddin Abdul Satar (kiri) sambil diperhatikan oleh Preside dan Ketua Eksekutif Johor Corporation Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim (kanan) dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob (empat kiri) pada majlis perasmian KPJ Pahang Specialist Hospital di Tanjung Lumpur. - Foto Farizul Hafiz Awang

KUANTAN: Hospital Pakar KPJ Pahang di Tanjung Lumpur, di sini, adalah satu-satunya hospital di Pantai Timur  memiliki perkhidmatan pemeriksaan jantung menyeluruh.

Pengerusi KPJ Healthcare Berhad, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim, berkata pemeriksaan itu dilakukan pakar perunding jantung dengan sokongan rawatan angiogram dan angioplasty.

Beliau berkata, hospital itu juga memiliki Cathererization Lab atau makmal termoden bagi rawatan penyakit berkaitan kardiovaskular di Pantai Timur.

Katanya, kemudahan perubatan moden lain yang dimiliki hospital pakar terbaharu milik KPJ Healthcare Berhad bernilai RM110 juta itu ialah mesin pengimbas 1.5 Tesla Magnetic Resonance Imaging (MRI) dan 64-slice Computer Tomography  (CT).

"Hospital pakar yang mula dibina penghujung tahun 2012 memiliki 200 katil mula beroperasi pada Mei 2016.

"Kita memiliki 30 doktor pakar dengan sokongan 360 kakitangan dalam pelbagai disiplin klinikal termasuk orthopedik, traumatologi, pembedahan am dan neuro, rawatan telinga, hidung dan tekak, radiologi, oftamologi, obstetrik, gynacologi dan pediatrik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Hospital Pakar KPJ Pahang di sini, hari ini.      

Majlis perasmian disempurnakan oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad. Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Berita Harian X