Rabu, 27 Januari 2016 | 12:33am
SEBUAH jengkaut digunakan untuk melakukan kerja meletak batu bagi menghadang ombak di kawasan yang dilanda ombak besar di Kampung Tanjung Gelam, Mengabang Telipot. - Foto Aswadi Alias
SEBUAH jengkaut digunakan untuk melakukan kerja meletak batu bagi menghadang ombak di kawasan yang dilanda ombak besar di Kampung Tanjung Gelam, Mengabang Telipot. - Foto Aswadi Alias

Mangsa fenomena air pasang besar dibantu

MENTERI Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman (dua kanan) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang mangsa yang terjejas akibat ombak besar disebabkan fenomena air laut pasang besar di Kampung Tanjung Gelam, Mengabang Telipot. - Foto Aswadi Alias

KUALA NERUS: Tujuh keluarga yang rumah mereka terjejas teruk akibat fenomena air pasang besar di Kampung Tanjung Gelam, Mengabang Telipot, di sini, diberi dua pilihan untuk penempatan baharu.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, berkata mereka diberi pilihan sama ada ditempatkan di rumah mampu milik atau dibantu membina rumah baharu di sebidang tanah yang ditawarkan kerajaan.

"Bagi pilihan pertama, kerajaan negeri akan membantu membayar sebanyak RM25,000 manakala selebihnya dibayar mangsa secara bulanan.

"Jika mereka memilih untuk diberi tanah, kerajaan negeri juga akan membantu membina rumah di situ, namun tidak melebihi kos RM40,000," katanya yang ditemui selepas melawat dan menyampai bantuan kepada keluarga mangsa, di sini, malam ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Razif meluluskan peruntukan RM1 juta bagi membina benteng pemecah ombak di kawasan berkenaan.

Peruntukan ini diluluskan serta-merta untuk membina benteng berkenaan yang dijangka dapat mengurangkan risiko banjir kepada penduduk sekitar kawasan itu untuk sementara waktu.

Berita Harian X