Khamis, 6 April 2017 | 12:07am
FASHA Sandha pada majlis sambutan hari lahir yang ke -33 di sebuah hotel. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman
FASHA Sandha pada majlis sambutan hari lahir yang ke -33 di sebuah hotel. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

Fasha ketepi cinta demi kerjaya

KUALA LUMPUR: Pelakon sensasi, Fasha Sandha, mengakui beliau mengetepikan soal cinta, demi memberikan fokus utama terhadap kerjaya seninya yang sedang berkembang dengan baik ketika ini.

Katanya, tahun lalu dan 2017 memberikan petanda positif kerjaya seninya berada pada landasan terbaik selain meneruskan momentum membanggakan menerusi beberapa drama serta filem lakonannya yang mendapat perhatian ramai.

"Saya bersyukur dengan pencapaian saya pada tahun lalu. Drama lakonan saya seperti Lara Aishah misalnya mendapat sambutan sangat memberangsangkan.

"Saya terharu dengan semua rezeki yang diterima, begitu juga sokongan peminat yang berterusan terhadap kerjaya seni saya," katanya kepada BH Plus.

Lantaran, bagi bintang yang mula menyerlah menerusi drama Natasha ini, beliau lebih selesa untuk berkawan rapat saja dengan lelaki yang ingin menghulur tangan menyulam cinta bersamanya.

FASHA Sandha bergambar bersama peminat yang hadir pada majlis hari lahir yang ke -33 di sebuah hotel. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman
FASHA Sandha bergambar bersama peminat yang hadir pada majlis hari lahir yang ke -33 di sebuah hotel. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

PELAKON, Fasha Sandha. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman
PELAKON, Fasha Sandha. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

Enggan hipokrit, beliau mengaku memang ada yang melahirkan hasrat mahu menjalinkan hubungan serius dengan dirinya, namun banyak aspek perlu dipertimbangkan sebelum beliau memberikan persetujuan.

"Saya datang dengan pakej iaitu diri saya serta dua permata hati saya. Kalau mahukan saya, apa yang lebih penting, orang itu perlu juga menerima dua anak saya dengan seikhlasnya.

"Saya juga selesa menjadi diri sendiri. Saya hanya berlakon ketika di set penggambaran. Luar daripada itu, saya ialah manusia biasa yang menjalani rutin harian sebagai hamba Allah," katanya.

Fasha berkata, masih banyak rencana kerjaya seninya yang perlu diteruskan dan mencuri peluang meneruskan legasi lakonan yang bermula lebih sedekad lalu.

"Lakonan ialah jiwa saya, jadi saya mahu mencuba pelbagai peluang dan watak yang ditawarkan.

"Saya juga bersyukur kerana masih mendapat kepercayaan termasuk mendukung watak utama," katanya yang terkenal dengan komitmen dan disiplin tinggi ketika bekerja.

Ditanya dirinya yang masih ampuh berada dalam radar industri hiburan meskipun ramai bakat baharu hadir mewarnai dunia lakonan, Fasha tersenyum penuh makna.

Merendah diri, Fasha berkata ada bakat baharu yang memang mempunyai kualiti baik sebagai pelapis dan bagi dirinya, beliau percaya setiap hari adalah proses pembelajaran.

"Saya sendiri terharu dan gembira kerana masih diterima baik oleh produser dan pengarah, meskipun mereka mempunyai ramai pilihan.

"Bagi saya, hanya satu perkara perlu dijaga, iaitu ikhlas serta amanah melaksanakan kepercayaan yang diberikan oleh orang kepada kita. Saya seboleh mungkin akan pastikan saya beri yang terbaik," katanya.

 GAYA Fasha Sandha pada majlis sambutan hari lahir yang ke -33 di sebuah hotel. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman
GAYA Fasha Sandha pada majlis sambutan hari lahir yang ke -33 di sebuah hotel. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

FASHA Sandha bersama anak Putra Rayfal Ahsram meniup lilin pada majlis sambutan hari lahir yang ke -33 di sebuah hotel. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman
FASHA Sandha bersama anak Putra Rayfal Ahsram meniup lilin pada majlis sambutan hari lahir yang ke -33 di sebuah hotel. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

Mengulas mengena dirinya yang terus relevan, anak kelahiran Johor Bahru ini berkata, semua itu rezeki Allah untuk dirinya dan dua cahaya mata, iaitu Putra Rayfal yang berusia 3 tahun dan Putri Raysha Jemyma, 2 tahun.

Kata Fasha, lebih menggembirakan dirinya apabila beliau turut tersenarai antara calon awal Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0 dan Top 5 Anugerah Meletop Era (AME) 2017.

Sementara itu, bercerita mengenai usianya yang bertambah setahun lagi, kata Fasha yang menyambut usia 33 tahun pada 28 Mac lalu, jatuh bangun yang dilaluinya sebelum ini membuatkan dirinya lebih matang dari segi peribadi mahupun profesion.

Dalam perkembangan lain, Fasha bakal muncul menerusi drama siaran TV3, Hanya Tuhan Yang Tahu, bergandingan dengan Saharul Ridzwan, dan Selamat Tinggal Syawal bersama Aqasha.

Fasha turut menjadi penceramah bersempena dengan acara Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) untuk segmen Imej dan Penampilan Diri.

"Saya bukannya bijak sangat, tetapi saya dipilih menjadi penceramah kerana pihak DFKL berasakan saya pelakon yang kuat dan tidak mudah melatah.

"Mereka juga mahu saya berkongsi pengalaman bagaimana saya tampil dengan imej bersih dan kekal di dalam industri sehingga ke hari ini meskipun pelbagai dugaan dan cabaran terpaksa dilalui," ujarnya.

Fasha turut melahirkan rasa terharu dengan sokongan kelab peminatnya yang ditubuhkan sejak 10 tahun lalu, We Love Fasha Sandha. Mereka, katanya, tanpa jemu menyokong kerjaya seninya sehingga ke hari ini.

"Mereka selalu bersama saya dan memberikan sokongan tanpa berbelah-bahagi. Mereka juga sanggup berkorban menganjurkan kejutan majlis hari lahir buat saya tempoh hari," katanya.

FASHA (empat dari kiri) bersama tetamu menari pada majlis sambutan hari lahir yang ke -33 di sebuah hotel. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman
FASHA (empat dari kiri) bersama tetamu menari pada majlis sambutan hari lahir yang ke -33 di sebuah hotel. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

IBU Fasha Sandha, Hatijah Teh Man menyuap kek sambil diperhatikan oleh anak lelakinya, Putra Rayfal Rizal Ashram serta ayahnya, Ahmad Faisal Abdullah pada majlis sambutan hari lahir yang ke -33 di sebuah hotel. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman
IBU Fasha Sandha, Hatijah Teh Man menyuap kek sambil diperhatikan oleh anak lelakinya, Putra Rayfal Rizal Ashram serta ayahnya, Ahmad Faisal Abdullah pada majlis sambutan hari lahir yang ke -33 di sebuah hotel. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

INFO

FASHA SANDHA:

  • Pernah mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram.
  • Dikurniakan dua cahaya mata, masing-masing lelaki dan perempuan
  • Dicalonkan dalam lima kategori ABPBH 3.0 termasuk Pelakon TV dan Filem Wanita Popular.
  • Pernah berlakon dalam lebih 50 drama dan filem.

Berita Harian X