Khamis, 29 Jun 2017 | 3:25pm
 IBU mangsa dera, Nor Syafiqah Abdul Kadir, 27 (kiri) menemani jenazah anaknya, Muhammad Hairi Amsyar Abdul Rahman, 5, selepas keluar dari bilik forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. - Foto Mohd Syafiq Ridzuan Ambak
IBU mangsa dera, Nor Syafiqah Abdul Kadir, 27 (kiri) menemani jenazah anaknya, Muhammad Hairi Amsyar Abdul Rahman, 5, selepas keluar dari bilik forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. - Foto Mohd Syafiq Ridzuan Ambak
JENAZAH mangsa dera, Muhammad Hairi Amsyar Abdul Rahman. - Foto Mohd Syafiq Ridzuan Ambak
JENAZAH mangsa dera, Muhammad Hairi Amsyar Abdul Rahman. - Foto Mohd Syafiq Ridzuan Ambak

Bapa tiri budak mati didera positif dadah

KUALA TERENGGANU: Bapa tiri kepada budak lima tahun yang meninggal dunia dipercayai didera di FELDA Tenang, Hulu Besut, semalam, positif dadah menerusi saringan air kencing dilakukan polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Fazlisyam Abdul Majid, berkata lelaki berusia 38 tahun itu kini ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Besut untuk siasatan lanjut.

"Sebaik menahan suspek (berhubung kes dera), polis menjalankan ujian saringan air kencing dan mendapati dia positif methaphetamine.

"Selain itu, hasil pemeriksaan pakar perubatan mendapati punca kematian kanak-kanak terbabit tidak konsisten dengan keterangan yang dibuat oleh suspek.

"Justeru suspek akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Sementara itu, BH difahamkan, suspek pernah dihukum penjara mengikut Seksyen 3 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mendera kanak-kanak terbabit ketika mereka menetap di Puchong, Selangor.

Muhammad Hairi Amsyar Abdul Rahman disahkan meninggal dunia di Unit Kecemasan Hospital Besut selepas dibawa oleh bapa tirinya kira-kira jam 3.30 pagi tadi selepas suspek mendakwa kanak-kanak itu tercedera akibat terjatuh dari motosikal ditunggangnya.

Bagaimanapun, keterangan suspek diragui pihak hospital yang mendapati terdapat kesan lebam lama dan baharu di tubuh badan mangsa sebelum membuat laporan polis mengenai kejadian.

Berita Harian X