Rabu, 27 Julai 2016 | 4:35pm

Warga asing dipenjara, denda miliki MyKad palsu

SEORANG lelaki warga Filipina, Sabri Adolah, (tengah) dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan dan denda RM5,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, atas pertuduhan memiliki MyKad palsu, minggu lalu. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan
SEORANG lelaki warga Filipina, Sabri Adolah, (tengah) dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan dan denda RM5,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, atas pertuduhan memiliki MyKad palsu, minggu lalu. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan

AYER KEROH: Mahkamah Majistret di sini hari ini, menjatuhkan hukuman penjara tujuh bulan dan denda RM5,000 terhadap seorang lelaki warga Filipina atas dakwaan memiliki MyKad palsu, minggu lalu.

Majistret Mohd Asri Abd Rahman Sidik menjatuhkan hukuman itu terhadap Sabri Adolah, 36, dari Zamboanga, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Mohd Asri didapati memilik MyKad palsu atas nama Mohd Nasir Jakie, 33, yang beralamat di Kampung Likas, Jalan Masjid, Kota Kinabalu, Sabah.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Melaka Tengah, Wisma Persekutuan, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, kira-kira jam 11 malam pada 20 Julai lalu.

Sabri didakwa mengikut Peraturan 25(1)(e) Akta Pendaftaran Negara 1959 dan Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Melaka, Mohd Nasrom Yusof, memohon mahkamah memberi hukuman setimpal terhadap tertuduh sebagai pengajaran.

Mohd Asri memutuskan hukuman penjara tujuh bulan dan denda RM5,000.

Tertuduh turut diperintah dipenjara tambahan tiga bulan jika gagal membayar denda.

Berita Harian X