Sabtu, 21 Mei 2016 | 10:40am

14 pelacur asing ditahan di KL

Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Kuala Lumpur menahan 14 wanita warga asing disyaki terbabit dengan aktiviti pelacuran dalam serbuan di sebuah spa kesihatan di Jalan Changkat, Kuala Lumpur.
Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Kuala Lumpur menahan 14 wanita warga asing disyaki terbabit dengan aktiviti pelacuran dalam serbuan di sebuah spa kesihatan di Jalan Changkat, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR: Seramai 14 wanita warga asing ditahan selepas disyaki terbabit dengan aktiviti pelacuran dalam serbuan di sebuah spa kesihatan di Jalan Changkat di sini, malam tadi.

Serbuan pada jam 10.45 malam itu dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Kuala Lumpur, hasil maklumat awam dan risikan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad, berkata mereka yang ditahan membabitkan 11 wanita Vietnam, dua rakyat China dan seorang warga Indonesia.

"Dalam serbuan itu, polis merampas 12 kondom, 10 tuala, lima botol minyak urut dan wang tunai RM400, selain menahan seorang lelaki tempatan yang juga penjaga premis berkenaan," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Zainuddin berkata, semua suspek berusia antara 20 hingga 30-an itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 372 dan Seksyen 372B Kanun Keseksaan serta Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 39B Peraturan Imigresen 1959/63.

Berita Harian X