Rabu, 16 Disember 2015 | 10:18pm

Pekerja Indonesia maut dihempap tembok rumah

TEMBOK rumah dalam pembinaan yang runtuh menyebabkan seorang warga Indonesia meninggal dunia dihempap n di Jalan Koop Cuepacs, Kajang. - Gambar Ihsan Bomba
TEMBOK rumah dalam pembinaan yang runtuh menyebabkan seorang warga Indonesia meninggal dunia dihempap n di Jalan Koop Cuepacs, Kajang. - Gambar Ihsan Bomba

KAJANG: Seorang pekerja sebuah syarikat pembersihan longkang maut selepas tembok sebuah rumah runtuh dan menghempapnya di Taman Koop Ceupacs di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 3.15 petang itu, Saiful Samad, warga Indonesia sedang melakukan kerja pembersihan longkang di kawasan kediaman itu sebelum tembok salah sebuah rumah teres runtuh.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Abdul Ghani Mohamad Ji, berkata mangsa gagal menyelamatkan diri kerana tembok berkenaan runtuh secara tiba-tiba.

"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang dihantar ke lokasi pada jam 3.56 petang untuk kerja menyelamat. Selepas hampir 15 minit, mayat mangsa dapat dikeluarkan dengan bantuan polis dan anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM)," katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan tidak menolak kemungkinan tembok berkenaan runtuh disebabkan kerja pengubahsuaian pada tembok berkenaan yang sedang dilakukan, namun siasatan lanjut masih dilakukan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Berita Harian X