Khamis, 22 Oktober 2015 | 12:00pm

Pengurus akaun bank dituduh keluarkan wang pengasas D'Herbs

AMPANG: Seorang pengurus akaun di sebuah bank didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tiga tuduhan mengeluarkan wang tunai milik pengasas produk kesihatan D'Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman, Julai lalu.

Hasliani Hashim, 36 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Mohamad Firdaus Sadina Ali, pagi ini.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM9,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 November ini untuk sebutan semula kes.

Berita Harian X