Isnin, 7 September 2015 | 4:26pm
PEGAWAI perubatan menangkat antara 22 mayat bot karam dari Sabak Bernam tiba di Institut perubatan Forensuk Negara HKL. - Foto Yazit Razali
PEGAWAI perubatan menangkat antara 22 mayat bot karam dari Sabak Bernam tiba di Institut perubatan Forensuk Negara HKL. - Foto Yazit Razali

10 jenazah mangsa bot karam dituntut waris

IPOH: Sepuluh jenazah mangsa bot karam di perairan Hutan Melintang yang ditempatkan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, sudah dituntut oleh waris mereka untuk dibawa pulang ke Indonesia.

Difahamkan tujuh jenazah sudah dituntut malam tadi dan dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk dihantar ke kampung halaman masing-masing.

Proses menghantar pulang tiga lagi jenazah sedang dilakukan di HRPB ketika ini oleh ahli keluarga mangsa dengan dibantu oleh wakil pihak Kedutaan Indonesia.

Ketiga-tiga jenazah yang beragama Islam itu dimandi dan dikafankan serta disembahyangkan terlebih dahulu di sini dan akan dibawa menaiki kenderaan khas yang disediakan pihak Kedutaan Indonesia.

Keseluruhannya 23 mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik HRPB untuk dibedah siasat pada Jumaat dan Sabtu lalu sebelum dikenalpasti oleh ahli keluarga yang hadir ke sini untuk proses pengecaman.

Sementara itu,Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain yang ditemui di Hutan Melintang berkata, satu daripada 22 mayat mangsa yang dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam disahkan seorang wanita mengandung.

Berita Harian X