Sabtu, 15 Januari 2022 | 7:38pm
Aksi Tze Yong ketika tewas kepada Lakshya Sen.
Aksi Tze Yong ketika tewas kepada Lakshya Sen.

Hajat Tze Yong tak kesampaian

KUALA LUMPUR: Hajat pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong untuk melangkah ke final Super 500 Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) buat julung kali dalam kariernya tidak kesampaian.

Pemain berusia 21 tahun itu yang mengharungi musim cemerlang sepanjang 2021 dengan merangkul beberapa gelaran dalam kejohanan tahap rendah di Eropah tewas kepada pemain tuan rumah, Lakshya Sen 21-19, 16-21, 12-21 dalam pertarungan yang berlangsung selama satu jam tujuh minit pada separuh akhir hari ini.

Kepenatan mungkin menjadi faktor kekalahannya, apatah lagi, dia diheret beraksi sehingga rubber set seawal pusingan pertama hingga ke separuh akhir.

Dalam satu lagi aksi, pasangan negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi turut terkandas apabila tewas kepada beregu berpengalaman Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 15-21, 18-21 dalam aksi setengah jam.

Justeru, hanya beregu campuran, Chen Tan Jie-Peck Yen Wei yang menjadi wakil tunggal negara beraksi di pentas final esok.

Berita Harian X