Khamis, 25 November 2021 | 8:06pm
Aksi Nur Izzuddin-Sze Fei ketika membenam juara Olimpik dari Taiwan untuk mara ke suku akhir Terbuka Indonesia, hari ini.
Aksi Nur Izzuddin-Sze Fei ketika membenam juara Olimpik dari Taiwan untuk mara ke suku akhir Terbuka Indonesia, hari ini.

Nur Izzuddin-Sze Fei singkirkan juara Olimpik

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei mencipta sensasi apabila menumbangkan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020, Lee Yang-Wang Chi Lin dari Taiwan untuk mara ke suku akhir Terbuka Indonesia di Bali, sebentar tadi.

Pasangan ranking ke-19 dunia itu mempamerkan prestasi cemerlang apabila melakar kemenangan 21-15, 23-21 sekali gus menyingkirkan Lee Yang-Chi Lin yang juga pilihan ketiga kejohanan.

Izzuddin-Rumsani akan bertemu pemenang perlawanan antara pasangan India, Satwiksairaj Rankireddy-Chiraq Shetty dengan beregu Korea Selatan, Kang Minhyuk-Seo Seungjae bagi perebutan tiket ke separuh akhir, esok.

Sementara itu, beregu campuran profesional negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying turut mara ke suku akhir selepas menundukkan pasangan Jerman, Jones Ralfy Jansen-Linda Efler 21-9, 21-13.

Pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 itu akan bertemu pasangan berpengalaman Korea, Ko Sung Hyun-Eom Hye Won, esok.

Berita Harian X