Rabu, 18 Ogos 2021 | 4:33pm
Piala Thomas/Uber 2020 akan diadakan di Aarhus, Denmark pada 9 hingga 17 Oktober ini. - Foto ihsan Badminton Ocenia.
Piala Thomas/Uber 2020 akan diadakan di Aarhus, Denmark pada 9 hingga 17 Oktober ini. - Foto ihsan Badminton Ocenia.

Piala Thomas: Malaysia diundi bersama Jepun, Kanada, England

KUALA LUMPUR: Malaysia diundi dalam Kumpulan D bersama Jepun, Kanada dan England dalam saingan Piala Thomas 202 0 yang dijadualkan berlangsung di Aarhus, Denmark pada 9 hingga 17 Oktober ini.

Juara bertahan, China pula diundi dalam Kumpulan C bersama India, Belanda dan Tahiti manakala Indonesia, Taiwan, Algeria dan Thailand dalam Kumpulan A. Aksi bagi Kumpulan B bakal menyaksikan persaingan antara Denmark, Korea Selatan, Perancis dan Jerman.

Juara dan naib juara setiap kumpulan layak ke suku akhir.

Sementara itu, dalam saingan Piala Uber, skuad wanita negara diundi dalam Kumpulan D bersama China, Denmark dan Kanada.

Jepun yang akan tampil sebagai juara bertahan berada dalam Kumpulan A bersama Indonesia, Jerman dan Perancis manakala Kumpulan B akan menjadi persaingan antara Thailand, India, Sepanyol dan Scotland.

Korea Selatan, Taiwan, Tahiti dan Mesir pula diundi dalam Kumpulan C.

Undian Piala Thomas:

Kumpulan A - Indonesia, Taiwan, Algeria, Thailand

Kumpulan B - Denmark, Korea Selatan, Perancis, Jerman

Kumpulan C - China, India, Belanda, Tahiti

Kumpulan D - Jepun, Malaysia, Kanada, England

Undian Piala Uber:

Kumpulan A - Jepun, Indonesia, Jerman, Perancis

Kumpulan B - Thailand, India, Sepanyol, Scotland

Kumpulan C - Korea Selatan, Taiwan, Tahiti, Mesir

Kumpulan D - China, Denmark, Malaysia, Kanada

Berita Harian X