Selasa, 17 Mei 2022 | 7:37pm
Aksi atlet lelaki negara, Irfan Shamsuddin ketika memenangi pingat emas dalam acara akhir Lempar Cakera pada Sukan SEA Hanoi 2021 di Stadium Nasional My Dinh. NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM
Aksi atlet lelaki negara, Irfan Shamsuddin ketika memenangi pingat emas dalam acara akhir Lempar Cakera pada Sukan SEA Hanoi 2021 di Stadium Nasional My Dinh. NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM

Skuad olahraga capai sasaran lima emas

HANOI: Olahraga terus cemerlang selepas menyumbang dua pingat emas di Sukan SEA Hanoi hari ini melalui jaguh lempar cakera lelaki, Muhammad Irfan Shamsuddin dan atlet lompat kijang, Andre Anura Anuar.

Dua emas berkenaan melengkapkan sasaran lima emas yang ditetapkan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) walaupun masih ada beberapa acara yang akan dipertandingkan lagi esok termasuk lompat tinggi lelaki dan acara riben biru, 100 meter (m) lelaki dan wanita.

Atlet lempar cakera lelaki negara Muhammad Irfan Shamshuddin beraksi cemerlang untuk memenangi pingat emas pada Sukan SEA ke-31 di My Dinh National Stadium, Hanoi. - fotoBERNAMA
Atlet lempar cakera lelaki negara Muhammad Irfan Shamshuddin beraksi cemerlang untuk memenangi pingat emas pada Sukan SEA ke-31 di My Dinh National Stadium, Hanoi. - fotoBERNAMA

Irfan terus mempertahankan emas kelimanya selepas berjaya membuat lemparan sejauh 58.26m untuk membutirkan emas.

Meskipun tidak berjaya memecah rekod kebangsaan dengan catatan 62.55m yang dilakukan pada 2017, keputusan itu memadai untuk mengatasi lima peserta lain di Stadium Nasional My Dinh.

Pingat perak menjadi milik jaguh Thailand, Kiadpradid Srisai dengan lemparan sejauh manakala gangsa menjadi milik atlet Filipina, William Morrission I Edward.

Atlet Lompat Kijang Lelaki negara Andre Anura Anuar beraksi cemerlang untuk memenangi pingat Emas pada Sukan SEA ke-31, di My Dinh National Stadium, Hanoi hari ini.
Atlet Lompat Kijang Lelaki negara Andre Anura Anuar beraksi cemerlang untuk memenangi pingat Emas pada Sukan SEA ke-31, di My Dinh National Stadium, Hanoi hari ini.

"Syukur mempertahankan pingat emas tetapi saya kecewa kerana tidak dapat capai sasaran untuk pecah rekod peribadi di sini. Apapun, saya gembira berjaya raih emas di sini," katanya.

Sementara itu, Andre pula meraih emas selepas melakukan lompatan bergaya dengan catatan 16.51 meter dalam acara lompat kijang lelaki.

Lompatan itu sekali gus menggagalkan hasrat atlet dari Filipina, Mark Harry Diones Aloto dan atlet tuan rumah, Tran Van Dien selepas masing-masing sekadar meraih perak dan gangsa.

Berita Harian X