Ahad, 4 Julai 2021 | 10:51pm
Pemandu Red Bull Max Verstappen meraikan kemenangan diGrand Prix Austria. - Foto AFP
Pemandu Red Bull Max Verstappen meraikan kemenangan diGrand Prix Austria. - Foto AFP

Verstappen catat hatrik di GP Austria

SPIELBERG, Austria: Pemandu Red Bull Max Verstappen merakam kemenangan ketiga berturut-turut dari petak utama selepas memenangi perlumbaan di Grand Prix Austria.

Kemenangan itu melebarkan jurangnya dalam kejuaraan pemandu ke atas pemandu Mercedes Lewis Hamilton yang menamatkan perlumbaan di tempat keempat.

Rakan sepasukan Hamilton, Valtteri Bottas di tempat kedua dengan pemandu McLaren Lando Norris ketiga.

Ia adalah perlumbaan F1 pertama yang dihadiri penonton dengan kapasiti penuh sejak pandemik COVID-19 melanda.

"Pemanduan hari ini amat menyeronokkan. Saya sendiri kagum dengan perjalanan perlumbaan hari ini.

"Bukan mudah untuk memenuhi jangkaan apabila anda diletakkan sebagai pilihan. Dua minggu ini amat menakjubkan," kata Verstappen. - AFP

Berita Harian X