Sabtu, 3 Disember 2022 | 8:51pm
 Pemain pasukan Putrajaya meraikan kejayaan memenangi Piala Agong di Stadium Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang, hari ini. - Foto NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
Pemain pasukan Putrajaya meraikan kejayaan memenangi Piala Agong di Stadium Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang, hari ini. - Foto NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Putrajaya juara ragbi Piala Agong

SHAH ALAM: Pasukan Putrajaya menamatkan penantian bagi menjulang trofi ragbi Piala Agong buat kali pertama selepas menjuarai saingan edisi 2022, di sini, hari ini.

Kejayaan itu hadir selepas skuad bimbingan Brad Mika yang juga bekas kapten New Zealand itu mengatasi juara bertahan, Terengganu 18-15 pada aksi final yang berlangsung di Stadium Ragbi Pangkalan Udara Subang.

Sejak kejohanan diperkenalkan pada 1983, Putrajaya tidak pernah muncul juara kejohanan berprestij itu dengan pencapaian terbaik mereka adalah mara ke separuh akhir pada edisi 2009.

Pemain Putrajaya (jersi biru kuning) dan Terengganu bersaing pada perlawanan akhir ragbi Piala Agong di Stadium Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang, hari ini. - Foto NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Mika ketika ditemui selepas tamat perlawanan, mengakui bangga dengan pencapaian dilakar barisan pemainnya itu sekali gus menepati sasaran ditetapkan untuk muncul juara edisi ke-38 kali ini.

"Pemain mempamerkan semangat juang tinggi dalam perlawanan kerana mereka sememangnya membara untuk memastikan Putrajaya muncul juara buat kali pertama.

Pemain Putrajaya, Sakeo Raloa Dibeci (tengah) cuba melepasi kawalan pemain Terengganu pada perlawanan akhir ragbi Piala Agong di Stadium Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang, hari ini. - Foto NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

"Apa yang dicapai hari ini adalah hasil kerja keras semua pihak termasuklah pemain, barisan kejurulatihan dan pengurusan pasukan," kata Mika.

Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengakhiri saingan di tempat ketiga selepas mengatasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 35-34 pada aksi penentuan tempat ketiga dan keempat.

Berita Harian X