Sabtu, 3 Disember 2022 | 6:58pm
Gambar fail - Presiden Persekutuan Sepaktakraw Singapura (PERSES), Mohd Nasri Haron.
Gambar fail - Presiden Persekutuan Sepaktakraw Singapura (PERSES), Mohd Nasri Haron.

Presiden PERSES dikenakan sekatan 10 tahun

KUALA LUMPUR: Presiden Persekutuan Sepaktakraw Singapura (PERSES), Mohd Nasri Haron dikenakan sekatan selama 10 tahun oleh Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF). bermula 30 November lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin ASTAF, Yogender Singh Dahiya berkata Mohd Nasri juga perlu membayar balik AS$15,000 (kira-kira RM65,800) kepada badan itu bagi menampung kos perbicaraan yang membabitkan seluruh jawatankuasa disiplin antarabangsa itu.

Katanya, kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan tambahan dua tahun sekatan.

Yogender Singh berkata Mohd Nasri menghadapi lima pertuduhan berkaitan suratnya sebagai Naib Presiden ASTAF dan Presiden PERSES yang disalin kepada Majlis Olimpik Asia dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa.

- BERNAMA

Berita Harian X