Selasa, 5 Julai 2022 | 12:31pm
Bintang golf AS, Tiger Woods menjadi tumpuan ramai ketika beraksi pada hari pertama golf pro-am JP McManus di The Golf Course, Adare Manor, Limerick, Ireland, semalam. - Foto AFP.
Bintang golf AS, Tiger Woods menjadi tumpuan ramai ketika beraksi pada hari pertama golf pro-am JP McManus di The Golf Course, Adare Manor, Limerick, Ireland, semalam. - Foto AFP.

Woods kembali gegar lapangan golf

LONDON: Selepas menarik diri daripada Terbuka Amerika Syarikat (AS) bulan lalu, Tiger Woods kembali beraksi semalam sebagai persediaan untuk Terbuka British pada acara pro-am di Ireland.

Woods mencatat lima atas par 77 pada pusingan pertama acara dua hari JP McManus Pro-Am di Adare Manor Hotel & Golf Resort di County Limerick.

Pusingan berkenaan turut menyaksikan Woods melakukan eagle di lubang ke-12 yang membuatkan penonton bersorak. Namun ia dibayangi satu double bogey, enam bogey dan hanya satu birdie.

Woods beraksi di Kejuaraan PGA pada Mei, kejohanan keduanya selepas pulih daripada kecederaan kaki kanan akibat kemalangan 14 bulan sebelum itu.

Dia berjaya melepasi cut tetapi menarik diri selepas pusingan ketiga.

Juara major 15 kali itu bersetuju menyertai kejohanan pro-am ini sejak April selepas dia memutuskan untuk beraksi di Terbuka British ke-150 di St Andrews.

Woods pernah memenangi Terbuka British di lapangan berkenaan pada tahun 2000 dan 2005.

Terbuka British akan berlangsung dari 14 hingga 17 Julai.

- REUTERS

Berita Harian X