Jumaat, 17 Jun 2022 | 7:21pm
Sukan Komanwel 2022 akan diadakan di Birmingham, England pad 28 Julai hingga 8 Ogos ini.
Sukan Komanwel 2022 akan diadakan di Birmingham, England pad 28 Julai hingga 8 Ogos ini.

12 lagi atlet disenaraikan ke Sukan Komanwel 2022

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pemilihan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bersetuju menyenaraikan 12 atlet yang sebelum ini diletakkan dalam senarai pertimbangan untuk turut membawa cabaran negara di Sukan Komanwel Birmingham 2022 pada 28 Julai hingga 8 Ogos ini.

MOM dalam satu kenyataan berkata 12 atlet berkenaan yang membabitkan 10 lelaki dan dua wanita itu adalah terdiri daripada golongan atlet muda dan pemenang pingat di Sukan SEA 2021 di Vietnam, bulan lalu.

"Dengan penambahan 12 orang atlet berkenaan, kontinjen Malaysia ke Sukan Komanwel Birmingham akan mempunyai seramai 107 orang atlet (69 lelakidan 38 wanita)," katanya kenyataan itu.

Skuad ragbi menjadi pasukan yang mempunyai atlet paling ramai dengan 13 disenaraikan, diikuti terjun (12), badminton (10), boling padang (10), skuasy (10), sukan para (sembilan), ping pong (lapan), angkat berat (tujuh), olahraga (tujuh), berbasikal (enam), renang (empat), tinju (dua), triathlon (dua) dan judo (dua).

Walaupun jumlah kontinjen negara kali ini semakin mengecil namun Malaysia meletakkan sasaran untuk membawa pulang tujuh pingat emas, jumlah yang sama seperti diraih ketika edisi 2018 di Gold Coast.

Di Gold Coast 2018, Malaysia meraih tujuh emas menerusi sukan angkat berat, terjun, boling padang, gimnastik dan badminton. Lima perak turut berjaya diraih masing-masing menerusi sukan badminton, gimnastik dan angkat berat.

Kontinjen negara juga berjaya meraih 12 gangsa menerusi sukan angkat berat, skuasy, menembak, terjun, gimnastik, olahraga, ping pong dan badminton.

Atlet sukan powerlifting, Bonnie Bunyau dan S Sivasangari (skuasy) dipilih sebagai pembawa Jalur Gemilang kontinjen negara di Birmingham.

Berita Harian X