Sabtu, 11 Jun 2022 | 9:28pm
Tiger Woods (tengah) kini menyertai kelab bilionar bersama Michael Jordan dan LeBron James (kiri). - Foto ihsan Insidesports
Tiger Woods (tengah) kini menyertai kelab bilionar bersama Michael Jordan dan LeBron James (kiri). - Foto ihsan Insidesports

Woods kini atlet bertaraf bilionair

MIAMI: Juara golf major sebanyak 15 kali, Tiger Woods menyertai ikon NBA, Micheal Jordan dan LeBron James sebagai atlet dengan kekayaan sebanyak AS$1 bilion (RM5.42 billion) seperti dilaporkan majalah Forbes.

Woods yang kembali beraksi pada usia 46 tahun selepas kecederaan parah di kaki susulan kemalangan kereta pada 2021, menghimpun AS$1.7 bilion (RM9.2 billion) menerusi hadiah kemenangan, penajaan dan perniagaan sepanjang 27 tahun kariernya.

Majalah itu melaporkan ia pendapatan tertinggi yang pernah dikesan oleh mereka dengan kurang 10 peratus pendapatan Woods diperolehi daripada hadiah kemenangannya.

Jordan yang merangkul enam gelaran NBA pada 1990an bersama Chicago Bulls menjadi atlet pertama menghimpun kekayaan AS$1 bilion (RM5.42 billion) sementara James yang juga perancang Los Angeles Lakers meraih angka terbabit itu pada minggu lalu.

James yang memenangi empat gelaran NBA dan empat kali gelaran Pemain Paling Bernilai (MVP) NBA dikatakan meraih AS$121.1 juta (RM656 juta) sepanjang tahun lalu.

Woods sepatutnya beraksi pada Kejuaraan PGA bulan lalu namun menarik diri sebelum pusingan akhir dan meskipun tidak menyertai Terbuka Amerika Syarikat (AS) minggu depan, dia akan kembali pada Terbuka British di St Andrews, bulan depan.

Komisioner Siri Jemputan LIV Golf yang mendapat sokongan Saudi, Greg Norman berkata Woods ditawarkan 'sembilan angka' untuk menyertai jelajah itu namun Woods lebih memilih PGA yang dibina oleh legasi legenda seperti Arnold Palmer dan Jack Nicklaus.

Selain pendapatan menerusi penajaan, Woods turut memiliki syarikat pengurusan acara dan reka bentuk.

Woods meraih pendapatan AS$68 juta (RM368 juta) bukan daripada golf sepanjang 12 bulan lalu dan pendapatan itu sahaja cukup untuk meletakkan dia sebagai atlet ke-14 terkaya di dunia.

-AFP

Berita Harian X