Jumaat, 20 Mei 2022 | 8:59pm
Sekurang-kurangnya dua pingat perak sudah berada dalam genggaman kontinjen Malaysia apabila dua peserta Muay Thai negara melangkah ke peringkat akhir pada temasya Sukan SEA 2021 Ahad ini.
Sekurang-kurangnya dua pingat perak sudah berada dalam genggaman kontinjen Malaysia apabila dua peserta Muay Thai negara melangkah ke peringkat akhir pada temasya Sukan SEA 2021 Ahad ini.

Dua atlet muay Thai negara mara ke final

HANOI: Sekurang-kurangnya dua pingat perak sudah berada dalam genggaman kontinjen Malaysia apabila dua peserta Muay Thai negara melangkah ke peringkat akhir pada temasya Sukan SEA 2021 di sini, hari ini.

Pada aksi separuh akhir di Pusat Sukan Vinh Phuc, Nur Amisha Azrilrizal mara ke final acara wanita elit bawah 51 kilogram (kg) selepas menewaskan peserta Kemboja, Soeng Moeuy, 30-27.

Nur Amisha, 19, yang meraih gangsa pada edisi 2019 di Filipina, akan berdepan Srila Oo Wansawang di peringkat akhir selepas atlet Thailand itu menumpaskan peserta tuan rumah, Thuy Phuong Thi Trieu, 29-28 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Sementara itu, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib mengesahkan slot ke pertarungan akhir selepas mengalahkan atlet Filipina, Ariel Lee Lampacan, 30-27 dalam acara Lelaki Elit Bawah 54kg.

Atlet Malaysia berusia 18 tahun itu akan membuat perhitungan dengan Huynh Hoang Phi di pentas final selepas peserta dari Vietnam itu menewaskan Sakchai Chamchit dari Thailand, 30-27.

Kedua-dua final itu akan berlangsung Ahad ini.

- BERNAMA

Berita Harian X