Jumaat, 20 Mei 2022 | 7:09pm
Pasukan lelaki negara melengkapkan sasaran 36 pingat emas di Sukan SEA 2021 selepas muncul juara acara karate kumite di Gimnasium Sukan Wilayah Ninh Binh, Vietnam, sebentar tadi. - Foto ihsan FB MSN.
Pasukan lelaki negara melengkapkan sasaran 36 pingat emas di Sukan SEA 2021 selepas muncul juara acara karate kumite di Gimnasium Sukan Wilayah Ninh Binh, Vietnam, sebentar tadi. - Foto ihsan FB MSN.

Sasaran 36 emas Sukan SEA akhirnya berjaya di capai

HANOI: Sasaran 36 pingat emas kontinjen negara pada temasya Sukan SEA 2021 berjaya dicapai di Gimnasium Sukan Wilayah Ninh Binh, dekat sini, sebentar tadi, menerusi acara karate kumite berpasukan lelaki.

Pasukan yang dibarisi R Sharmendran, S Prem Kumar, H Sureeya Sankar, S Geerijaieswaran, Arif Afifuddin Ab Malik, V Kueggan dan G Katish muncul juara selepas menewaskan Indonesia 3-0.

Skuad negara mara ke final selepas menewaskan tuan rumah, Vietnam 3-0 pada separuh akhir dan Laos 2-0 pada suku akhir.

Acara kumite berpasukan tidak ditawarkan pada Sukan SEA Filipina 2019 dan edisi 2017 di Kuala Lumpur.

Kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas acara kumite berpasukan lelaki pada Sukan SEA edisi 1993 di Singapura dengan ketua jurulatih pasukan kumite, P Arivalagan mengetuai pasukan itu.

Berita Harian X