Jumaat, 20 Mei 2022 | 2:21pm

Malaysia kini hanya kurang satu emas capai sasaran

HANOI: Kontinjen negara hanya memerlukan satu lagi pingat emas bagi mencapai sasaran 36 pingat emas selepas Nurul Syasya Nadiah Mohd Arifin mengungguli acara 10 meter (m) air pistol wanita, di sini, sebentar tadi.

Syasya merangkul emas menerusi catatan 239.3 pada aksi final yang berlangsung dengan format penyingkiran untuk pingat emas ke-35 buat negara pada temasya Sukan SEA kali ini.

Penembak dari Thailand, Tanyaporn Prucksakorn meraih perak sementara gangsa menjadi milik atlet dari Vietnam, Trinh Thu Vinh.

Terdahulu, Syasya mengesahkan tempat ke final selepas meraih tempat ketiga daripada 21 penembak dengan catatan 569 pada pusingan kelayakan.

Berita Harian X