Khamis, 19 Mei 2022 | 7:56pm
Skuad petanque Malaysia menentang Kemboja pada aksi separuh akhir Sukan SEA di Hanoi. - Foto FB Persekutuan Petanque Malaysia.
Skuad petanque Malaysia menentang Kemboja pada aksi separuh akhir Sukan SEA di Hanoi. - Foto FB Persekutuan Petanque Malaysia.

Skuad petangue negara gagal pertahan emas triples

HANOI: Pasukan petanque negara gagal mempertahankan pingat emas yang dimenangi dalam acara triples lelaki pada Sukan SEA Filipina 2019 pada edisi di sini apabila hanya mampu pulang membawa gangsa, sebentar tadi.

Beraksi di Pusat Latihan dan Pertandingan Sukan Hanoi, Malaysia yang diwakili Ayzek Hakimi Safingan, Muhammad Arif Kana dan Mohamed Syahzwan Mohamed Sani tewas 9-13 di tangan Kemboja dalam aksi separuh akhir.

Pingat gangsa Azyek, Arif dan Syahzwan turut dikongsi bersama Laos.

Tiga tahun lalu, Malaysia meraih emas dalam acara berkenaan menerusi Muhamad Hafizudin Mat Daud, Syed Akmal Fikri Syed Ali dan Saiful Bahr Musmin manakala Thailand meraih perak. Pingat gangsa pula dimenangi secara bersama oleh Vietnam dan Laos.

Pencapaian itu dilihat menyamai prestasi di Kuala Lumpur 2017 menerusi Mohamad Hakem Saberi, Muhammad Syukri Kamaruddin, Mohd Safi Azrol Othman dan Azfar Haris Mohd Aziz.

Berita Harian X