Isnin, 9 Mei 2022 | 6:20pm
Atlet terjun negara Ng Yan Yee (kiri) dan Ong Ker Ying (kanan) beraksi dalam acara 3m papan anjal seirama wanita pada Sukan Sea 2021 di Pusat Akuatik My Dinh. - Foto BERNAMA
Atlet terjun negara Ng Yan Yee (kiri) dan Ong Ker Ying (kanan) beraksi dalam acara 3m papan anjal seirama wanita pada Sukan Sea 2021 di Pusat Akuatik My Dinh. - Foto BERNAMA

Sukan SEA: Skuad terjun raih emas keempat

KUALA LUMPUR : Skuad terjun negara menghadiahkan pingat emas keempat buat kontinjen Malaysia di Sukan Sea Hanoi selepas gandingan Wendy Ng-Ong Ker Ying mengungguli acara 3 meter (m) papan anjal seirama wanita sebentar tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Pusat Akuatik My Dinh, gandingan penerjun negara itu mengumpul mata tertinggi 276.30 mata.

Berita Harian X