Ahad, 10 April 2022 | 9:08am
Tiger Woods membaca garisan putt ketika pusingan ketiga Masters di Augusta National, Georgia, Amerika Syarikat. - Foto AFP
Tiger Woods membaca garisan putt ketika pusingan ketiga Masters di Augusta National, Georgia, Amerika Syarikat. - Foto AFP

Harapan Woods pudar di Augusta

AUGUSTA, Amerika Syarikat: Harapan Tiger Woods untuk melakar kemenangan dalam kepulangan ke lapangan Augusta Nationals pudar apabila mencatat pusingan 78 pada pusingan ketiga.

Woods, yang kariernya hampir berakhir apabila terbabit dalam kemalangan negeri 14 bulan lalu, memulakan misi memburu jaket hijau keenamnya dengan baik apabila mencatat satu bawah par 71 pada pusingan pertama, tetapi disusuli dengan pusingan 74 dan 78 pada dua pusingan berikutnya.

Selepas pusingan ketiga, Scottie Scheffler dari Amerika Syarikat mendahului dengan sembilan bawah par, tiga pukulan di depan pesaing terdekat Cameron Smith dari Australia.

"Ia seperti saya melakukan seribu pukulan putt di atas greeen hari ini. Pukulan saya tidak begitu teruk hari ini, hanya ada beberapa tiga putt dan empat putt. Saya tidak dapat menjiwainya," kata Woods.

Woods kini ketinggalan 16 pukulan di belakang Scheffler, yang mencatat satu bawah par 71 untuk keseluruhan sembilan bawah par 207.

Pemain 25 tahun dari Texas itu diekori rapat Smith yang mencatat empat bawah par 68 untuk keseluruhan 210. Dua pukulan di belakang Smith, pemain Korea Selatan Im Sung-jae yang mencatat satu bawah par 71. - AFP

Berita Harian X