Sabtu, 9 April 2022 | 8:37am
Tiger Woods meneruskan kemaraan pada Kejuaraan Masters 2022 di Augusta National Golf Club in Augusta, Georgia. - EPA
Tiger Woods meneruskan kemaraan pada Kejuaraan Masters 2022 di Augusta National Golf Club in Augusta, Georgia. - EPA

Woods teruskan langkah di Masters

AUGUSTA, Amerika Syarikat: Tiger Woods sedikit merudum sebelum kembali bersaing ketika dia bangkit daripada kecederaan parah di kaki bagi menghadapi angin kencang yang mencetuskan masalah pada pusingan kedua Masters hari ini.

Juara 15 kejuaraan major itu mencatat dua atas par 74 untuk kekal satu atas par 145 selepas 36 lubang di Augusta National, ketinggalan sembilan pukulan di belakang pendahulu, Scottie Scheffler namun hanya empat di belakang pemain tangga kedua.

"Saya ada peluang untuk meneruskannya hingga hujung minggu," kata Woods. "Saya harap saya dapat memiliki tempoh yang bagus, menghidupkannya dan menamatkannya.

"Pada sembilan lubang terakhir Ahad ini semuanya boleh terjadi. Saya hanya perlu membawa diri ke sana."

Pemain nombor satu dunia, Scheffler yang mencari gelaran major pertama, mendahului lapangan dengan lapan bawah par selepas 17 lubang.

Woods yang membuat kemunculan epik selepas 14 bulan mengalami kemalangan kereta, memulakan permainan hanya ketinggalan tiga pukulan di belakang pendahulu semalam tetapi melakukan empat bogey dalam lima lubang pertama.

"Ia bergelora. Ia berangin, berputar di semua tempat," kata Woods. "Saya melalui beberapa tiupan angin kencang dan melakukan beberapa pukulan yang teruk.

"Ia seperti hampir, 'Apa lagi kesalahan yang boleh berlaku?'"

Dia hampir terlepas kelayakan walaupun beraksi baik dengan 71 pukulan pada permulaan sebelum bangkit meneruskannya dalam usaha mengejar gelaran keenam mahkota Masters. - AFP

Berita Harian X