Jumaat, 8 April 2022 | 8:19am
Tiger Woods (kanan) mengangkat topinya kepada penonton selepas menamatkan pusingan di Masters dekat Augusta National Golf Club. - AFP
Tiger Woods (kanan) mengangkat topinya kepada penonton selepas menamatkan pusingan di Masters dekat Augusta National Golf Club. - AFP

Woods lepasi pusingan pertama Masters

AUGUSTA: Tiger Woods menggambarkan pusingan pertama yang kompetitif dalam golf selepas 508 hari adalah sesuatu yang menyakitkan namun positif selepas mencatat satu bawah par 71 pada pusingan pembukaan Masters hari ini dan masih bertarung untuk merebut rekod enam Green Jacket.

Selepas 14 bulan kemalangan kereta yang mengancam kariernya, perjalanan penuh kesakitan perlu dilalui pemain berusia 46 tahun itu bagi menyamai kemenangan Jack Nicklaus dalam Masters.

Untuk melakukannya dia perlu melalui tiga lagi pusingan sukar di lapangan Augusta National selain berjam-jam mandi ais serta fisioterapi.

Namun itulah yang perlu dibayar bagi menggunakan kaki kanannya yang pernah difikirkan untuk dipotong oleh doktor.

"Jika anda pernah melihat bagaimana rupa kaki saya dan bagaimana ketika ini, gambarnya - sebahagian daripada anda tahu," kata Woods yang ketinggalan empat pukulan di belakang pendahulu, Im Sung-jae.

"Mereka sudah melihat gambarnya dan mereka datang ke rumah dan mereka melihatnya.

"Untuk melihat apa yang saya sudah lalui, untuk sampai dari sana ke sini, ia bukanlah tugasan yang mudah.

"Orang tidak tahu bagaimana sukarnya ia." - REUTERS

Berita Harian X