Rabu, 12 Januari 2022 | 9:29pm

Serbegeth meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Legenda bola sepak negara, Serbegeth Singh meninggal dunia, petang tadi.

Perkembangan sedih itu disahkan oleh rakan mendiang yang juga jurulatih berpengalaman, Azraai Khor Abdullah.

Difahamkan, Serbegeth, 61, yang lebih mesra disapa Shebby itu terkena serangan jantung ketika berbasikal di Johor.

Serbegeth ketika beraksi bersama skuad kebangsaan. - Foto NSTP
Serbegeth ketika beraksi bersama skuad kebangsaan. - Foto NSTP

Serbegeth ketika beraksi bersama Kuala Lumpur. - Foto NSTP
Serbegeth ketika beraksi bersama Kuala Lumpur. - Foto NSTP

Sebagai rekod, Serbegeth yang beraksi di bahagian pertahanan beraksi buat skuad kebangsaan bermula 1982 hingga 1991.

Mendiang pernah beraksi dalam tiga Sukan Asia pada 1982, 1986 dan 1990 selain pernah memenangi pingat emas ketika Sukan SEA 1989.

Di peringkat kelab, dia pernah bersama Johor, Kuala Lumpur, Pahang, Negeri Sembilan dan Perak.

Selepas bersara sebagai pemain, dia pernah berkhidmat sebagai penasihat global di Blackburn Rovers pada 2012.

Mendiang Serbegeth Singh.
Mendiang Serbegeth Singh.
Berita Harian X