Rabu, 29 Disember 2021 | 8:54pm
Norza akui kontinjen negara berdepan jadual padat tahun depan dengan menyertai tiga temasya.
Norza akui kontinjen negara berdepan jadual padat tahun depan dengan menyertai tiga temasya.

MOM ketatkan syarat pemilihan atlet

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pemilihan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memutuskan untuk memperketatkan syarat pemilihan atlet bagi kategori B di tiga temasya besar tahun depan iaitu Sukan SEA Vietnam, Sukan Komanwel Birmingham dan Sukan Asia Hangzhou.

MOM meletakkan syarat baharu iaitu atlet individu kategori B perlu berada dalam kelompok enam terbaik untuk layak ke temasya Sukan SEA berbanding lapan terbaik sebelum ini manakala untuk sukan berpasukan, mereka perlu berada dalam kelompok empat terbaik untuk berada dalam kategori A.

Bagi Sukan Asia dan Sukan Komanwel pula, kriteria bagi kategori B diletakkan syarat perlu berada dalam kelompok lapan terbaik berbanding 16 terbaik bagi atlet individu dan pasukan.

Tiada perubahan kriteria bagi kategori A yang mana atlet harus berada minimum dalam kelompok tiga terbaik dalam acara disertai bagi Sukan SEA dan atlet individu dan pasukan perlu berada dalam kelompok empat terbaik bagi Sukan Asia dan Sukan Komanwel.

Presiden MOM, Tan Sri Norza Zakaria berkata, keputusan mengetatkan kriteria pemilihan itu wajar kerana kontinjen negara berdepan jadual padat tahun depan selain pandemik COVID-19 masih belum reda.

"Jadi, kita perlu mengimbangkan antara melihat peruntukan yang harus diberikan kepada setiap sukan terbabit dan kedua, harus melihat kepada keselamatan dan kesihatan atlet.

"Kita mempunyai 250 atlet yang masih dalam program MSN (Majlis Sukan Negara) dan kita ada 193 atlet daripada program pelapis yang boleh diketengahkan.

"Daripada itu, sekiranya mereka mencapai kriteria ditetapkan, jawatankuasa pemilihan beranggapan bahawa mereka boleh dipertimbangkan untuk menjadi sebahagian daripada kontinjen.

"Hari ini kita berbincang mengenai asas dan dasar kepada pemilihan. Kita buat perancangan dan kita akan buat mesyuarat jawatankuasa pemilihan sekali lagi pada Februari, bertemu dengan persatuan sukan untuk mereka membentangkan persiapan dan juga senarai atlet yang mereka akan kemukakan," katanya selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan MOM, hari ini.

Untuk rekod, Sukan SEA Vietnam dijadual berlangsung dari 12 hingga 23 Mei depan, manakala Sukan Komanwel dari 28 Julai hingga 8 Ogos.

Sukan Asia Hangzhou pula dijadual berlangsung dari 10 hingga 25 September depan.

Kaherah: Kerajaan Mesir secara digital 'mendedahkan' wajah mumia Firaun Amenhotep I, kali pertama, sejak ia ditemukan pada 1881, tanpa mengganggu topeng yang melindunginya.

Dibantu imej tiga dimensi (3D) digital yang canggih, penyelidik menemui teknik mumifikasi baharu yang digunakan untuk firaun yang memerintah sejak tahun 1,500 sebelum Masihi itu.

Penyelidikan itu diketuai oleh Sahar Saleem, profesor radiologi di Universiti Kaherah, dan pakar Mesir terkenal Zahi Hawass yang juga mantan Menteri Antikuiti.

"Saleem dan Hawass menggunakan teknologi sinar-X termaju, pengimbasan CT (ujian imbasan tomografi berkomputer), serta program perisian komputer termaju untuk 'membuka' bungkusan mumia Amenhotep I secara digital dalam kaedah bukan invasif yang selamat tanpa perlu menyentuh mumia.

"Kajian Mesir mendedahkan buat pertama kali wajah Raja Amenhotep I, umurnya, keadaan kesihatan di samping banyak rahsia mumia unik dan pengebumian semula mumia," kata Kementerian Pelancongan dan Antikuiti dalam satu kenyataan media.

Analisis menunjukkan Amenhotep I adalah firaun pertama yang dimumiakan dengan tangan bersilang dan yang terakhir dengan cara tidak mengeluarkan otak dari tengkorak.

Imbas CT dijalankan mendapati firaun yang menjalankan beberapa kempen ketenteraan semasa pemerintahannya selama 21 tahun itu dipercayai meninggal dunia pada usia 35 tahun kerana kecederaan atau sakit.

Mumianya ditemui di Luxor, selatan Mesir, adalah satu-satunya dengan ikatan ketat yang tidak dibuka oleh ahli arkeologi, untuk memelihara topeng dan kalungan bunga yang mengelilinginya seperti rambut.

TAMAT.

mumia29hm

IMEJ kepala Firaun Amenhotep I. FOTO AFP

mumia2hm29

IMEJ kepala Firaun Amenhotep I yang diperoleh menerusi imbas CT. FOTO AFP

Berita Harian X