Ahad, 19 Disember 2021 | 10:26am
Tiger Woods dan Charlie Woods ketika menyertai Kejohanan PNC di Ritz Carlton Golf Club Grande Lakes dekat Orlando, Florida. - AFP
Tiger Woods dan Charlie Woods ketika menyertai Kejohanan PNC di Ritz Carlton Golf Club Grande Lakes dekat Orlando, Florida. - AFP

Woods keletihan di Kejuaraan PNC

MIAMI: Tiger Woods tersenyum selepas kembali ke saingan golf kompetitif hari ini, berpasangan dengan anak lelakinya Charlie untuk mencatat 10 bawah par 62 pada Kejohanan PNC dekat Florida.

Woods yang bermain kali pertama sejak kecederaan berikutan kemalangan pada Februari dekat California, menampilkan gaya lamanya walaupun jelas kurang kekuatan dan pukulan tidak begitu jauh.

Ikon golf berusia 45 tahun itu juga menggunakan 'cart' bagi membantunya bergerak sekitar Lapangan Golf Ritz Carlton itu.

Dia kemudian mengakui halangan fizikal perlu diatasinya dan ia mencabar.

"Ia mengecewakan apabila saya tidak memukul bola sejauh yang saya boleh lakukan dan pukulan yang saya lakukan tidak seperti yang saya mahukan," kata Woods sambil menjelaskan dia hanya melakukan "tiga pukulan baik" sepanjang kejohanan.

"Saya tiada ketahanan. Sudah lama saya tidak bermain. Ini mungkin yang keempat, kelima sepanjang tahun? Saya tiada ketahanan bermain golf," kata pemenang 15 kejuaraan major itu.

"Ia amat meletihkan, jadi ia hari yang perlahan. Jika saya mahu bersaing di luar sana pada tahap Jelajah, saya perlu mendapatkan kembali ketahanan dan memukul beribu-ribu bola golf. Ia memerlukan masa." - AFP

Berita Harian X