Rabu, 15 September 2021 | 11:25am
Bintang sensasi UFC, Conor McGregor (kiri) dan Dee Devlin ketika tiba pada acara karpet merah majlis Anugerah Muzik Video MTV di Barclays Center, Brooklyn, New York, pada Ahad lalu. - Foto EPA.
Bintang sensasi UFC, Conor McGregor (kiri) dan Dee Devlin ketika tiba pada acara karpet merah majlis Anugerah Muzik Video MTV di Barclays Center, Brooklyn, New York, pada Ahad lalu. - Foto EPA.

McGregor sudah sedia 'menendang' semula

LONDON: Bintang sensasi UFC, Conor McGregor percaya dia sudah bersedia untuk kembali menendang, kurang 10 minggu selepas patah kaki.

McGregor mengalami patah kaki pada Julai lalu ketika aksi pusingan pertama pertarungan dengan Dustin Poirier dalam kategori lightweight saingan UFC 264 di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Proses pemulihan bintang berusia berusia 33 tahun itu berjalan lebih cepat berbanding apa yang dijangkakan yang mana dia sebelum ini dikatakan terpaksa berehat sekurang-kurangnya sehingga Julai tahun depan.

"Saya berasa seperti mampu untuk menendang sekarang. Secara jujurnya saya berasa mampu untuk menendang tetapi saya perlu mendengar nasihat doktor dan orang yang membantu saya.

"Itulah yang saya lakukan setakat ini, saya komited terhadap proses pemulihan dan saya sudah boleh kembali berdiri. Saya sangat teruja apabila dapat kembali berdiri," katanya.

- AGENSI

Berita Harian X