Sabtu, 24 Julai 2021 | 12:17pm
Saluran TV Korea Selatan MBC meletakkan imej tragedi letupan nuklear Chernobyl bagi menggambarkan Ukraine. - Foto AGENSI
Saluran TV Korea Selatan MBC meletakkan imej tragedi letupan nuklear Chernobyl bagi menggambarkan Ukraine. - Foto AGENSI

OLIMPIK: Saluran TV Korea Selatan mohon maaf

TOKYO: Saluran televisyen Korea Selatan hari ini memohon maaf selepas menggunakan gambar dan keterangan tidak sesuai untuk beberapa negara peserta ketika upacara pembukaan Olimpik Tokyo 2020.

Saluran berkenaan, MBC, didapati menggunakan imej piza untuk Itali, pergolakan untuk Haiti, Chernobyl untuk Ukraine, salmon bagi Norway, ketika kontinjen negara berkenaan memasuki stadium.

Dalam salah satu keterangan gambar ketika majlis, saluran berkenaan menggambarkan Marshall Islands sebagai "bekas tapak ujian nuklear Amerika Syarikat", dan Syria sebagai negara yang "perang saudara berlarutan selama 10 tahun".

Selepas dikritik hebat atas penyiaran itu, MBC membuat permohonan maaf yang berbunyi:

"Gambar dan keterangan tidak sesuai digunakan untuk pengenalan beberapa berita. Kami memohon maaf kepada negara-negara berkenaan termasuk Ukraine dan penonton kami". - AGENSI

Berita Harian X