Rabu, 9 Jun 2021 | 12:57pm
Presiden Tokyo 2020, Seiko Hashimoto (kanan) dan CEO, Toshiro Muto ketika mesyuarat eksekutif Tokyo 2020 di Tokyo. - AFP
Presiden Tokyo 2020, Seiko Hashimoto (kanan) dan CEO, Toshiro Muto ketika mesyuarat eksekutif Tokyo 2020 di Tokyo. - AFP

Olimpik Tokyo nafi larang kontinjen Malaysia

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Jawatankuasa Penganjur Olimpik Tokyo 2020, Toshiro Muto menafikan dakwaan bahawa kemasukan dari 10 negara termasuk Malaysia dilarang bermula bulan depan kerana peningkatan kes COVID-19.

Muto berkata, kemungkinan menafikan sebarang kemasukan tidak pernah difikirkan namun kontinjen daripada beberapa negara diminta divaksin sepenuhnya sebelum tiba di Jepun untuk temasya berkenaan yang dijadualkan bermula pada 23 Julai.

"Kami tidak pernah dengar mengenainya. Ia langsung tidak berasas, kami tidak memikirkan bahawa ia satu kemungkinan," katanya.

"Ada kebimbangan mengenai varian baharu dari India, kerana itu sebelum mereka ke Jepun, mereka perlu divaksin sepenuhnya.

"Itulah polisi yang kami umumkan, 100 peratus vaksin dicadangkan (buat atlet) dari India, Pakistan, Sri Lanka, Nepal, Bangladesh dan negara lain berkaitan.

"Jadi mereka perlu menemui IOC dan mereka perlu divaksin sebelum masuk ke Jepun." - BERNAMA

Berita Harian X