Jumaat, 14 Mei 2021 | 7:14pm
Ucapan takziah daripada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican atas pemergian pemanah negara, Haziq Kamaruddin. - Foto ihsan Facebook Reezal Merican Naina Merican.
Ucapan takziah daripada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican atas pemergian pemanah negara, Haziq Kamaruddin. - Foto ihsan Facebook Reezal Merican Naina Merican.

Jenazah Haziq disahkan negatif COVID-19

KAJANG: Ujian calitan COVID-19 ke atas jenazah pemanah negara, Haziq Kamaruddin disahkan negatif, umum Majlis Sukan Negara (MSN), di sini, sebentar tadi.

Haziq, 27, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kajang pada 9.37 pagi tadi selepas dilaporkan menggigil dan tidak sedarkan diri di rumahnya di sini. Difahamkan beliau rebah secara tiba-tiba selepas menunaikan solat subuh dan keluar dari bilik air.

Urusan bedah siasat dilakukan petang ini dan proses berkenaan mengambil masa kira-kira dua hingga tiga jam.

MSN dalam kenyataan turut mengesahkan proses pengurusan jenazah termasuk mandi, mengkafan dan solat jenazah akan dilakukan di Hospital Kajang, sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Melaka pada malam ini.

Proses pengkebumian dijangka disempurnakan di Merlimau, pagi esok.

Berita Harian X