Jumaat, 14 Mei 2021 | 12:53pm
Haziq yang pernah beraksi di Sukan Olimpik London 2012 disahkan meninggal dunia hari ini. - Foto NSTP
Haziq yang pernah beraksi di Sukan Olimpik London 2012 disahkan meninggal dunia hari ini. - Foto NSTP

Atlet memanah meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Arena sukan tanahair dikejutkan dengan pemergian pemanah negara, Haziq Kamaruddin, hari ini.

Jenazah Haziq yang pernah beraksi di Sukan Olimpik London 2012 itu kini di Hospital Kajang untuk menjalani ujian calitan sebelum menunggu arahan polis bagi proses bedah siasat.

Rakan seperjuangan arwah, Zulfadli Ruslan dalam hantaran di Facebook memaklumkan mengenai khabar sedih itu.

"Assalamualaikum dan salam sejahtera, dukacita dimaklumkan sahabat saya, Haziq Kamaruddin telah pergi mengadap Ilahi pagi tadi. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang beriman. Minta semua rakan-rakan saya mendoakannya. Al-fatihah (dibaca)," tulis Zulfadli.

Sementara itu, Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia turut mengesahkan pemergian Allahyarham.

"Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. AlFatihah," tulis persatuan itu.

Berita Harian X