Selasa, 13 April 2021 | 9:27pm
Dr Noraini (kiri) menyampaikan hadiah kepada pemenang. - Foto ihsan KPT.
Dr Noraini (kiri) menyampaikan hadiah kepada pemenang. - Foto ihsan KPT.

500 pelajar, belia sertai e-sports IPT

BATU PAHAT: Kejohan E-Sports Terbuka Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang berlangsung di sini, pada hujung minggu lalu berjaya menarik penyertaan 500 pelajar dan belia dari negeri ini.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan, berkata pertandingan itu diadakan bertujuan memperluaskan peranan e-sports sebagai sukan yang boleh membangunkan minda masyarakat terutama pelajar IPT dan belia di negara ini.

Selain itu, katanya, ia juga berupaya membentuk kompetensi pelajar dan belia di samping menjadi medium kepada KPT menyampaikan maklumat berkaitan dasar dan program terkini kementerian.

"Pertandingan ini dijalankan secara atas talian dengan mempertandingkan tiga acara utama iaitu Mobile Legend: Bang Bang, PUBG Mobile dan FIFA 2021 bagi merebut hadiah keseluruhan berjumlah RM14,000.00," kata kenyataan itu.

Majlis penutup kejohanan disempurnakan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad di Dewan Sultan Ibrahim Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Dalam majlis yang sama, Dr Noraini turut merasmikan Program Malaysia Prihatin bagi menyampaikan taklimat dan penerangan berhubung inisiatif kerajaan dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19 dan kepentingan vaksinasi kepada masyarakat.

Beliau turut menyampaikan sumbangan komputer riba kepada pelajar B40 UTHM dan bakul rezeki kepada asnaf komuniti Parit Raja.

Berita Harian X